Pantas Sifir : Permainan Pendidikan Android Percuma

Pantas Sifir adalah aplikasi mudah alih percuma untuk pengguna-pengguna peranti Android yang mula diterbitkan sekitar September 2015. Ia adalah aplikasi permainan yang mudah yang dibina khusus untuk membantu meningkatkan penguasaan sifir di kalangan rakyat Malaysia terutama pelajar-pelajar sekolah rendah. Di dalam aplikasi ini, pemain akan diberikan 20 soalan sifir darab. Pemain perlu dijawab dengan betul dan berusaha untuk menjawab dengan sepantas yang mungkin. Jumlah masa untuk menjawab 20 soalan itu akan direkodkan dan di hantar ke pelayan (server) Pantas Sifir. Catatan masa yang baik akan disenaraikan di dalam Carta Mingguan Pantas Sifir. Ini mewujudkan elemen persaingan sihat yang mendorong pemain-pemain memperbaiki catatan masa masing-masing dan juga mengatasi catatan masa pemain-pemain lain.

Prestasi pemain dikategorikan mengikut sekolah, umur dan negeri. Selain daripada itu, aplikasi Pantas Sifir ini juga membekalkan ciri penciptaan “pasukan” agar pemain-pemain dapat membina kohort atau kumpulan tersendiri bagi bersaing antara satu sama lain.

Laman ini membekalkan maklumat statistik dan tabulasi pencapaian pemain secara online. Ini untuk memberi maklumat secara lansung kepada bukan sahaja pemain, tetapi juga kepada ibu bapa dan pengkaji-pengkaji atau penggiat akademik.




Pantas Sifir adalah aplikasi mudah alih percuma untuk membantu meningkatkan penguasaan sifir di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Dapatkan aplikasi Pantas Sifir di Google Play.